Astana API
Reference
Integrasikan sistem POS, inventori, resit dan pembayaran Astana ke dalam aplikasi anda. Dokumentasi lengkap untuk endpoint, authorization dan webhooks.
Menggunakan REST API
Astana API mengikut corak REST am menggunakan sambungan HTTPS. Untuk mula menguji dengan Postman, ikut langkah berikut.
- 1Install dan download Postman.
- 2Import Astana API Postman Collection ke dalam Postman.
- 3Tetapkan baseUrl dan Token dalam Postman environment.
Dapatkan access token dari Astana Backoffice → Access token di bawah Integrations. Simpan token dengan selamat dan jangan kongsi secara terbuka.
Versioning
Versi mesti dinyatakan dalam base URL. Dokumentasi ini untuk versi 1.0.
Pagination
Sesetengah endpoint memaparkan hasil secara pagination. Response mengandungi field cursor. Hantar semula nilai cursor sebagai query parameter untuk set seterusnya. Bila field cursor tiada, itu set terakhir.
API Rate Limits
Had semasa ialah 300 requests setiap 300 saat untuk setiap akaun.
Format Tarikh & Masa
Semua tarikh dan masa menggunakan format 24 jam (Y-m-d H:i:s). Tukar ke waktu tempatan anda semasa diproses.
Handling Errors
API memulangkan Error List untuk request yang gagal.
Webhooks Overview
Notifikasi masa nyata untuk event sistem Astana disampaikan melalui webhooks — Astana menghantar HTTP POST ke URL yang dikonfigurasi setiap kali event dicetuskan.
Event yang disokong
Konfigurasi & kebolehpercayaan
- ▸Konfigur guna endpoint /webhook atau web interface.
- ▸Satu langganan = satu jenis event. Pasangan event + URL mesti unik.
- ▸Endpoint mesti pulangkan HTTP 2xx. Redirect dianggap ralat.
- ▸Cuba semula sehingga 200 kali dalam 48 jam; jika gagal, status → Disabled.